Selepas joging, aku duduk lepak dalam kereta sambil membaca buku kedua Mat tu. Aku suka suasana pagi tu. Taman tu senyap saja. Kereta aku saja yang parkir kat situ. Memang nikmat sungguh dapat membaca dalam keadaan yang tenang macam ni.
Bila baca buku Mat ni, kau kena fahamlah kenapa tiba-tiba aku senyum seorang diri. Risau juaga kalau ada cop aku gila atau forever alone.
Rupanya aku tak alone pun. Entah dari mana datang 4 orang budak melayu ni berjalan ke taman permainan depan tempat parkir ni. Ya tuhan punyalah bising diorang punya sembang. Bising satu hal. Perkataan yang keluar dari mulut diorang pula aku sendiri segan nak sebut. Tuuuttt sana. Tuuuttt sini.
Sudahlah asyik bertuutt-tuutt, nyaris tak roboh papan gelongsor tu dihenyak-henyaknya diorang.
"Adik-adik tahu ke makna perkataan yang adik-adik cakap tu?"
"Adik-adik, kenapa ganas sangat ni? Ni mesti tengok Avengers ni, kan? Jangan ikut Hulk yang ganas tu. Ikut Profesor Banner. Dia pandai."
Agaknya itulah yang patut aku tanya kat diorang masa tu. Tapi sebab aku dah pasang tali keledar (seat belt) dan dah sedia nak berambus dari situ, maka aku hanya mampu doakan adik-adik ni diberi hidayah dan kesedaran. Semoga semakin adik-adik matang nanti, Allah akan tanamkan sifat malu dalam diri adik-adik. Semoga adik-adik membesar menjadi pejuang ummat.
Bila tengok adik-adik ni punya perangai dan perlakuan, aku jadi takut kalau-kalau nanti anak-anak aku jadi macam ni. Nauzubillah.
Anak aku nanti, aku akan haramkan diorang daripada pergi ke cyber cafe. Sebab kalau aku ke cyber cafe, biasanya budak-budak yang lepak sana, mulutnya tak lekang daripada perkataan-perkataan yang aku sendiri segan nak sebut tu. Sampai satu tahap dulu, aku akan pilih masa yang tak ada budak-budak ni baru aku akan ke cyber cafe. Barulah harmoni sikit.
Satu lagi perkara yang bermain dalam fikiran aku, mana mak ayah diorang? Macam mana seawal pagi macam ni adik-adik ni boleh ada kat sini? Sendiri pula tu.
Ibu bapa perlu ambil tahu kemana pergi anak mereka. Kalau adik-adik tu kena culik lepas tu dijual ke ceruk dunia mana entah, haru. Sungguh haru.
Nauzubillah.
Btw, selamat tahun baru 2016.
Apa azam tahun 2014 yang masih belum tercapai? Ya. Betul. Aku tanya pasal tahun 2014 punya azam ni. Bukan 2015.
*sengih2 tutup mulut*
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D