Ini Terjadi Bila Lupa Hidupkan Suiz Laptop
Sedangku enak melayari internet, menyelongkar laman youtube, mencari lagu-lagu untuk video program, tiba-tiba paparan di skrin mengeras.
Tertulis disitu 'Google Chrome is Not Responding'.
Tuhan sahaja yang tahu betapa seksanya terasa diri ini. Dan mungkin kerana Tuhan sahaja yang tahu maka tika itu aku betah bertahan. Aku bersabar untuk kesekian kalinya. Ini bukan kali pertama aku dihampakan.
Aku memujuk hati. "Biasalah. Dia dah lama berkhidmat. Dia dah lama bertahan untuk kau. Kali ini kau bertahanlah, sabar sedikit untuk dia."
Paparan kembali seperti biasa. Aku klik 'bookmark' Facebook pada Google Chrome. Baru saja muncul paparan Facebook, laptop terpadam.
"Macam mana boleh lupa nak hidupkan suiz laptop ni!"
Aku bangun dan jauhi meja. Aku lihat katil. Aku lihat jam. Mata aku pejam.
"Selamat tinggal dunia!" Teriak aku dalam hati.
Pang!
Malam itu polis, ambulan dan wartawan berkampung di pekan kecil itu.
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D