Kisah Jefri Menembak Awan

Bibir digigit. Tangan pula tak henti mengetuk peha dari tadi. Kemudian kepala yang tidak gatal pula digaru. Gelisah lain macam Jefri malam ni.

Telefon bimbit dicapai. Tiada sebarang mesej yang baru masuk.

"Mana Ijat ni? Janji tadi jam 10 malam..." Monolog Jefri sendiri sambil mata memandang jam di dinding.

"... Sekarang nak tengah malam dah ni. Tak boleh jadi!"

Jefri memang pantang kalau bab masa ni. Pantang dia kalau orang buat janji melayu macam ni. Janji jam 10 tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung.

Pernah dulu Jefri memesan pizza dilivery dan penghantar pizza tersebut lewat 10 minit. Sudahlah dia lapar. Boleh pula penghantar pizza tak tepati masa. Belum sempat penghantar tu terangkan kenapa dia lambat, tapak tangan Jefri sudah singgah di muka penghantar pizza tadi.

Itu lambat sepuluh minit punya cerita. Agaknya Ijat yang dah berjam lewat ni apa pula habuannya?

*treng treng*

Telefon bimbit Jefri berbunyi tanda ada mesej masuk.

"Aku kat luar ni. Baru sampai. Ada mana?"

"Aku kat dalam. Tunggu aku keluar."

Ijat buka bonet kereta. Kelihatan ada kotak besar di dalamnya.

"Aku ingatkan kau mati kena langgar lori dah tadi. Janji jam 10. Sekarang jam berapa? Kalau tak sebab jasa kau banyak pada aku, lama dah aku hempuk kau ni, Ijat"

"Amboi. Marah bukan main."

"Marahlah! Cakap kencang, boleh datang awal konon."

"Sorry. Sorry. Ada isu nasional kat rumah tadi. Jep hilang. Mak aku mengamuk suruh cari. Nasib baik jumpa dalam stor luar rumah."

"Alasan. Dah! Mana barang aku? Ada tak?"

"Ada. Jangan risau. Baik punya ni. Cuma aku pelik kenapa tiba-tiba kau cari benda ni? Sekarang bukan musim tau. Raya lepas dah."

Ijat mengeluarkan kotak yang tidak diketahui isinya itu daripada bonet kereta.

"Jangan banyak tanya. Bawak ke belakang rumah aku. Jom."

"Seriuslah Jeff. Orang cari barang ni masa raya je. Kau nak buat apa malam-malam krismas ni?"

Jefri mengeluarkan barang yang lama dinantikannya itu. Dipacakkan ke atas tanah.

"Kau tak pelik ke?"

"Memang peliklah kalau kau nak main benda tu sekarang ni."

"Bukanlah. Sekarang kat Eropah musim salji tau."

"Habis tu?"

"Sekarang aku nak tembak awan. Biar berkecai jadi salji! Power, kan?"

"Ni akal terlebih panjang. Cakap bodoh nanti aku pulak kena tampar."

-----

[Alternate ending.]
*baca selepas 'Dipacakkan ke atas tanah.'*

"Kau tau orang cina, dia main barang ni sebab nak halau hantu, kan?"

"Pernah dengar kawan aku cerita dulu. Tapi sekarang bukan tahun baru cina, Jeff."

"Kalau diorang main sebab nak halau hantu, aku main sebab nak tembak Santa Claus. Kahkahkah!"

"Celaka apa kau ni? Kahkah!"

Share:

2 comments

  1. Mercun? meriam buluh? arghhhh...penat akak fikir.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mercun, kak. Mercun roket. Kalau meriam pon boleh kot. haha.

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D