INI WARNA SAYA

2:39 PM Hasnul Adin 2 Comments



Sekali sekala berkumpul di kampung, tidak sah kalau tiada sembang meja bulat. Takala kaum wanita bersembang sambil bekerja di dapur, kaum lelaki pula duduk di beranda rumah. Bersembang sambil menikmati angin kampung.

Oleh kerana suasana negara yang hangat dengan topik politik, maka kaum lelaki secara spontannya bersembang topik itu.

Sedang mereka hangat bersembang mengenai sumbangan pihak-pihak tertentu kepada alam semulajadi dan ekosistem negara, Pak Long yang sedar Zam diam sahaja bertanya kenapa dia begitu.

“Saya orang hijau..” selamba sahaja Zam berkata.

“Huh?!” Pak Ngah menoleh kearah Zam dengan muka yang berkerut.

“Apa dia?” Abang Lan dan Pak Long pula mengangkat kening mendengar kata-kata Zam itu.

“Saya orang hijau.” kata Zam sekali lagi.

“Hijau?” Along Zainal pula bertanya.

“Ya. Hijau. Go green!” kata Zam sambil mengangkat penumbuk ke langit.

“Kamu biar benar Zam?” Pak Long ingin mendapatkan kepastian.

“Betullah. Saya orang hijau.” jawap Zam sambil tersengih.

“Kenapa kamu pilih hijau?” Pak Ngah pula bertanya dengan gaya semacam mahu menerkam Zam.

“Saya pilih hijau sebab saya mahukan negara yang lebih bersih dan sihat. Saya pilih kitar semula.” terang Zam sambil tersenyum.

“Laa… Ke situ pula Zam ni. Orang cakap pasal politik, dia cakap pasal kitar semula.” Pak Ngah menggelengkan kepala.

“Zam ni belum cukup matang lagi nak cakap pasal politik ni. Baguslah tu. Tunggu habis belajar dulu la ya.” tambah Pak Long pula.

Manakala Abang Long Zainal dan Abang Lan tergelak sahaja.

Zam terus mendiamkan diri sahaja mendengar celoteh bapa saudara dan sepupu-sepupunya.





You Might Also Like

2 comments:

  1. Saya pilih purple...hihi...purple sweet :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dark purple or yang cerah sikit tu?

      *ada ke? :3

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.