AKU SUKA POWER RANGERS, SAYANG BARNEY

8:21 AM Hasnul Adin 0 Comments

Aku ingat lagi setiap hujung minggu, jam 5.30  petang pasti aku terpacak depan television menanti siaran Power Rangers. Pelbagai siri aku ikut yang aku tak ingat nama-namanya.

Koleksi video tape kartun Barney pula boleh tahan juga banyaknya.

Dragonball memang jarang aku terlepas.

Membaca salah satu sub-topik dalam buku Aku Terima Nikahnya tulisan Ustaz Hasrizal telah menyedarkan betapa ketika kanak-kanak dahulu watak kartun menjadi pujaan bukan semata-mata kerana ia adalah norma kanak-kanak tetapi kerana ada nilai emosi dan psikologi dalam watak-watak tersebut.

Power Rangers yang lincah dan menang setiap pertarungan ditambah dengan warna-warna terang kuat mempengaruhi minda kanak-kanak.

Watak Ultraman yang sentiasa ada ketika dilanda musibah, “man of actions” dan bukannya beraksi melalui leteran.

Dinasor ungu, Barney yang sentiasa lembut, memberi kasih sayang dan pandai mengambil hati.

Doraemon, semangat setiakawan yang tinggi.

Kanak-kanak belajar dengan meniru aksi dan tindakan orang yang terdekat dengan mereka.

Ustaz Hasrizal berkata dalam bukunya bahawa watak-watak ini berkualiti dalam menonjolkan nilai-nilai psikologi dan emosi yang positif melalui tindakan dan bukannya leteran.

Dikala ibu dan bapa sibuk bekerja, watak-watak ini yang menjadi role-model mereka.

Nilai-nilai positif dalam watak-watak ini kadang-kala tiada dalam diri ibu bapa mereka. Ibu bapa pulang dari kerja kepenatan, kadang-kadang senyum pun kurang pada anak-anak bila penat. Bila anak-anak mahukan perhatian dibalasnya acuh tak acuh.

Kadang-kadang  akibat stress di tempat kerja, ibu bapa bergaduh di rumah. Yang menjadi saksi adalah anak-anak.

Tetapi jiwa anak-anak yang suci ini menjumpai nilai positif seperti kasih sayang, kerjasama, tidak berputus asa dalam watak kartun-kartun ini. Watak-watak kartun nyata lebih dekat di hati mereka berbanding ibu bapa sendiri.

Maka apabila anak-anak cenderung melayan kartun daripada memberi respon kepada ibu bapa, jangan pula anak-anak yang disalahkan.

Hakikatnya, watak-watak hero kartun ini telah berjaya menewaskan ibu bapa tanpa bertanding pun. Mereka meraih CINTA anak-anak takala ibu bapa terlepas pandang.

Apabila CINTA anak kecil itu lebih berat kepada watak fiksyen berbanding pelindung sebenar mereka, jangan la pula disekat dan dihalang mereka daripada terus mencintai.

Ini kerana ia akan membawa kepada jenayah lain pula apabila mereka curi-curi menonton hero mereka di kaca TV.

Soalnya sekarang bukan siapa yang bersalah, (walaupun jelas dan nyata sudah) tetapi apakah yang dapat dilakukan untuk memenangi CINTA anak-anak semula daripada Power Rangers dan Barney.

Kualiti masa bersama. Bagi aku, itulah jawapannya.

Waktu kecil CINTAkan Power Rangers dan Barney menggantikan ibu bapa.

Remaja nanti entah apa pula yang menjadi teman CINTAnya.

Rawat sebelum parah. Sakit ini sudah lama menular dan semakin membarah. 

Kenapa terjadi?
Bagaimana nak diatasi?
Bila nak lakukannya?






You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.