Janji Setia : Hubungan Dengan Tuhannya




Tidak dinafikan dulu aku juga sangat excited bila bercerita bab nikah dan kahwin. Almaklumlah, baru nak kenal dunia dan isinya. Segala yang terasa indah akan diintai. Segala yang menarik akan dicuba. Dan semestinya bab nikah dan kahwin sesuatu yang indah. =P


Namun, makin kita kenal satu2 ilmu makin kita rasa kita ini sangat jahil dan belum berkemampuan dalam bidang ilmu tersebut. Begitulah diri ini setelah mengkaji dan terus mengkaji. Makin terasa kerdil untuk terus bermimpi menyempurnakan agama dalam usia muda. 
(cukup2 la ceritera aku yang tak berapa indah ni)


-a lot to think about-


Antara persoalan2 yang biasa teman2 lontarkan pada masa tu adalah berkenaan janji setia antara seorang gadis dan seorang jejaka. Janji setia untuk membina baitul muslim. Adakah dengan sekadar berjanji, seorang jejaka dan gadis sudah dikira bertunang ? 


Janji Setia Antara Gadis Dengan Kekasihnya Untuk Bekahwin


Soalan :
Saya menyintai seorang lelaki dan berjanji dengan janji Allah untuk berkahwin dengannya. Tidak lama selepas itu lelaki tersebut datang ke rumah saya untuk meminang. Tetapi keluarga saya menolak kerana mereka bercadang mahu mengahwinkan saya dengan lelaki lain. Apakah boleh saya berkahwin dengan lelaki lain?
Sya takut memungkiri janji yang telah saya putuskan dalam diri saya. Semoga tuan dapat menjawab masalah ini.


Jawapan:
Perkahwinan dalam Islam mestilah disempurnakan dengan persetujuan pihak2 yang terlibat (gadis, walinya dan ibunya) sebagaimana dianjurkan oleh Rasulallah s.a.w.


Pertama: Islam menyuruh wali mengambil kira pendapat gadis dan tidak memaksanya berkahwin dengan sesiapa yang tidak disukainya. Tanda keredhaan anak gadis adalah diamnya.  Nabi pernah menolak perkahwinan wanita yang dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak disukainya.


Kedua: Wali juga mestilah redha dan mengizinkan perkahwinan anaknya. 
“Mana-mana perempuan yang mengahwinkan dirinya tanpa izin walinya, pernikahan itu adalah batal, batal, batal dan bukanlah wanita Islam yang mulia apabila berkahwin tanpa izin walinya dan keluarganya."


Ketiga: Nabi menambah lagi dengan memberitahu kepada wali2 dengan sabda baginda;
“Ambil kiralah ibu2 dalam masalah anak perempuan mereka.”
Itulah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, maknanya mengambil kira pendapat ibu, kerana ibu itu wanita yang mengetahui masalah wanita.






Tambahan:
Ramai lelaki yang mempermainkan gadis2 tanpa mengambil kira perasaan mereka. Walaupun gadis2 itu baik hatinya namunfikirannya yang sempit memudahkan mereka ditipu dan dijatuhkan maruahnya. Sebab itulah syarak telah memberikan hak kepada ayah atau walinya di davam hal mengahwinkannya. Oleh itu mestilah 
diambil kira izin dan keredhaan wali sebagaimana yang disepakati oleh jumhur imam2.


Fatwa Masa Kini
Dr. Yusuf al-Qardawi Menjawab Kemusykilan Anda
Jilid 3&4



sekadar perkongsian untuk tambahan ilmu buat kita semua. moga ada manfaatnya. =)


Share:

2 comments

  1. alhamdulillah...thats y ad sorg shbat kte slalu pesan kat ak..utamakan fardul muslim dlu...bnyk benda kita x lepas lg...

    ReplyDelete
  2. itu yg sebaiknya ~
    sahabat sendri pon kita x dpt nak tarik n dakwah dgn baik ..

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D