Tak Risau Peniaga Tarik Diri, Datang Rezeki Lain di Kemudian Hari



Rezeki Allah yang beri.

Hari ni aku berhadapan dengan situasi berkenaan rezeki. Ada peniaga mahukan tapak lain daripada yang ditawarkan. Kata dia, tapak yang kami tawarkan, diluar tapak utama, bukan di laluan pengunjung.

Kami dah cuba terangkan macam mana keadaan program nanti. Pengunjung ramai keluar masuk, tiada gerai makanan lain kecuali dia, tapak dia disebelah tapak jualan utama sahaja. Kita akan adakan guna PA system lagi untuk hebahkan pasal tapak niaga makanan. Tapi dia tetap berkeras dengan permintaan dia dan alasan dia. 

Bila dah macam ni dan tak jumpa titik penyelesaian, maka dia dan rakan rakan dia terpaksa tarik diri. 

Di pihak kami, tak ada la rasa terkilan sangat pun dia tarik diri. Siap aku offer untuk event seterusnya lagi. Dan dia pun okay je. 

Tapi bila fikir fikir semula tadi, kalau kita yakin rezeki tu Allah yang beri, dimana pun tapak niaga semasa event nanti, pasti ada pengunjung. Jika tak banyak sikit. Jika tak sikit, banyak.

Kalau nak cakap risaukan tak untung, kami tawarkan harga murah sangat untuk tapak. Kalau dia niaga sejam di waktu puncak, InsyaAllah, dah dapat pulang dah duit tapak sekurang-kurangnya. Sampai macam tu sekali aku bandingkan ni sebab nak bagitahu betapa murahnya harga tapak tu. Tinggal lagi nak cover modal barang je.

Tapi itulah, orang cakap, bila satu pintu tutup, pintu lain terbuka. Ada datang ruang, peluang lain untuk tambah rezeki. Alhamdulillah. 

Kita kena yakin, walau dimana kita berada atau ditempatkan, yang memberi itu Allah. Yang membuka atau menutup pintu rezeki itu juga Dia. Yang melapangkan atau menyempitkan itu, Dia. 

Hari ni mungkin nampak susah sikit, kena berkorban banyak benda. Esok esok nanti, kita tak tahu macam mana susah payah kita akan dibayar, dibalas semula. Tak ada sia-sianya bila sesuatu itu terjadi. Semua dalam kuasa Dia. Tinggal cuma kita kena yakin dan doa kan yang baik baik, fikirkan yang baik baik.


Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D