Jangan Sembang Kencang. Sembang Biar Sampai Jadi.















First day.

Ni baru sampai rumah ni. Dah terlajak shift. Pelan asal nak balik sebelum Isyak. Ada kerja lain yang aku kena selesaikan di rumah, kerja yang memerlukan penggunaan internet yang tinggi.

Tapi bila dah ronda ronda tapak niaga lepas maghrib tadi, jumpa peniaga dan sembang pasal jualan, tanya respon penganjuran aktiviti jualan macam ni, di kawasan macam ni, dah overtime jadinya.

Tak ada masalah pun overtime ke apa ke. Yang utama adalah nak dapatkan respon, maklum balas dan komen daripada peniaga. Sebagai yang menganjurkan, kita kena jaga peniaga. Peniaga ada hak mereka. Peniaga dah bayar tapak sewa.

Sehabis baik, sebagai penganjur, kita cuba jaga mereka, faham keadaan mereka, keperluan mereka. Cuba dapatkan win win situation. Kalau tak dapat puaskan hati sepenuhnya, kita cuba tengok bahagian mana yang boleh bertolak ansur. Semua masalah ada penyelesaiannya. InsyaAllah.

Orang ni macam-macam kerenah. Orang atas dengan kerenah dia. Orang bawah dengan kerenah dia. Kita yang ada di tengah tengah ni, objektifnya satu je, memudah cara. Nak bagi masing masing nampak situasi yang dihadapi oleh semua pihak.

Masing-masing cari makan. Bukannya cari masalah. Jadi kena cari titik persefahaman dan selesaikan masalah dengan cara baik.

Apa apa pun, terima kasih pada keluarga dan rakan rakan atas doa dan sokongan serta tunjuk ajar selama ni. InsyaAllah bersedia untuk melangkah lebih jauh.

Daripada sembang sembang biasa, saja cucuk cucuk mana tahu ada peluang, harini event pertama kami dah jalan. Alhamdulillah.

Sembang, jangan sekadar sembang kencang. Sembang, kasi jalan.

Ini gambar pertama bersama - tiga orang yang mencetus idea. Gambar bersama ahli kumpulan yang lain, kena tunggu semua sekali ada. Haha!

Like dan Share page Pior Event Management.

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D