2016 - Media Sosial yang Lebih Baik [Part 2]

Tahun 2016 dah ni. Sepatutnya sekarang ni:

Sebelum kita nak ulas satu-satu isu, dapatkan gambaran dan info yang lengkap dan tepat terlebih dahulu. Bila kita ulas tanpa usul periksa, kemungkinan besar ulasan yang missleading boleh terjadi.

Contoh video flashmob di KLCC. Daripada bacaan, nampaknya video tu dah lama dan flashmob tu diadakan kerana ibu-ibu tersebut dilarang daripada BF di surau KLCC oleh pengawal keselamatan dan bayi yang didukung Dynas dalam video tu dah besar dah pun. Selepas flashmob tu barulah ibu-ibu dibenarkan menyusukan bayi mereka di surau KLCC tu.

Sekarang ada orang up balik video tu masa isu BF sambil selfie tengah hot, masyarakat terus share dan hentam tanpa usul periksa. Mereka ingat flashmob tu diadakan sebab mendokong isu BF sambil selfie tu.

Daripada Instagram Dynas Mokhtar: "Kalau kite tengok video tu video lama mase tu my daughter 1tahun setengah ,4tahun lepas dan ketika itu bilik menyusu di shopping mall tak disedikan.ade beberape Ibu dihalau ketika cube menyusukan Anak mereka Dia surau jadi kami bersepakat untuk membuat flash mob untuk membuat program besedaran kepada pihak atasan shopping mall supaya mereka menyediakan bilik khas untuk para Ibu menyusu. Tetapi banyak YG berpandang negatif tentang perkara ini dan why bring it up now ? But for me negativity is good sebab awareness on breastfeeding is there ."

Get your facts right. Tak rugi pon kita berlapang dada, bertenang sebelum menilai dan mengulas sebarang isu. Dapatkan dulu info yang sahih, fahami situasi elok-elok dan usahalkan supaya ulasan kita boleh membuka mata dan beri kefahaman kepada orang ramai.

Berkenaan isu BF, selfie dan upload pula, Tuan Mufti Wilayah Persekutuan pun bila ditanya berkenaan isu ni BF dan selfie ni, beliau enggan ulas sebab beliau belum baca dan kaji berkenaan isu. Beliau minta masa sehari untuk menjawab.

Kita? Dapat isu, terus share. Dapat isu, terus ulas. Dapat isu, terus hentam.

Wajar kita contohi sikap sederhana Tuan Mufti.

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D