Ceritakan Tentang Diri Kau!
Kalau kau
pergi temuduga kerja atau yang sama waktu dengannya, aku rasa kau tak akan
dapat elak daripada ditanya soalan yang satu ni;
“Ceritakan sesuatu tentang
diri anda.”
Macam mana
kau nak jawab soalan yang satu ni? Panel nak tahu apa sebenarnya? Kau nak cerita tentang keluarga kau ke? Ke kau nak cerita tentang kucing kau yang beranak pinak
kat rumah tu? Atau kau nak cerita tentang adik kau sekolah lagi ke atau yang tengah tengok Running Man kat rumah tu? Tak habis-habis
memuja si singa dengan zirafah tu?
Pernah jadi macam ni tak? |
Baru-baru
ni aku jalani temuduga olok-olok untuk kelas Bahasa Inggeris aku. Pensyarah aku
tembak aku dengan soalan ni. Tak bagi peluang aku nak bernafas. Aku duduk je
terus dia tembak. Nasib baik aku dah dapat agak. Aku dah ulangkaji dah
soalan-soalan dia.
Jadi apa
jawapan aku?
“I am 22
years old and recently studied at Ungku Omar Polytechnic. I am an active
person, involved in clubs and campus activities. I also joined a Non-Governmental
Organization and currently holding the position of Head of Publicity and Multimedia
Exco. My involvement with these activities helps me to be more mature and
responsible.
I’ve also
done a six-month internship at Silverwave Computer Sales and Services where I gained
knowledge on how to troubleshoot and repair computers and laptops. But most
importantly I have had the chance to do fieldwork such as installing and
configuring networking cables for hospitals and schools. This particular
experience increased my knowledge in fieldwork as well as trained my soft skill
on how to communicate well with others.”
Apa yang
aku cakap? Kalau kau tak faham, sila kamuskan diri sendiri. Semua nak
suap. Sampai bila?
Pertama
sekali bila soalan macam ni ditanya, kau kena jawab seringkas dan sepadat yang
mungkin. Jawab dalam tempoh 3 ke 5 minit sahaja. Kalau panjang berjela tapi
merapu, dah menampakkan kelemahan kau. Jadi pastikan pendek, padat, padu sampai
tercekik hempedu.
Isi-isi
yang aku rasa wajar dimasukkan adalah penglibatan dan kejayaan kau semasa
belajar. Sesuatu yang positif yang boleh memberikan tanggapan pertama yang baik
kepada panel. Macam aku, aku ceritakan yang aku terlibat dalam beberapa
aktiviti kampus semasa belajar dan aku juga terlibat dengan sebuah persatuan
NGO. Apa impaknya bila aku join benda-benda ni? Aku sertakan sekali dalam ‘hujah’
aku. Menambahkan kematangan aku dan menjadikan aku lebih bertanggungjawab. Jadi
kat situ sekurang-kurangnya panel nampak dah aku ni orang yang macam mana.
Kemudian
aku tambah pula dengan menceritakan pengalaman aku semasa menjalani latihan industri.
Ini maklumat penting yang kau kena ceritakan. Ceritakan apa yang kau buat masa
latihan industri (atau kerja) dan daripada kerja-kerja yang kau lakukan masa
tu, apa kesannya pada diri kau. Melatih kau menjadi lebih baik dalam kerja di
lapangan ke, melatih kau untuk berkomunikasi dengan lebih baik ke. Ikutlah.
Goreng sesedap rasa. Tapi pastikan jangan kau goreng dengan maklumat palsu.
Nanti makan diri.
Aku rasa
cukup kalau kau ceritakan dua benda ni, panel akan rasa tertarik untuk lebih
tahu kebolehan dan kemampuan kau. Lepas kau berikan fakta-fakta tadi, panel mesti
nak tahu apa yang kau boleh bawa kepada syarikat. Lagi-lagi bila kau ada
pengalaman bekerja atau pengalaman dalam industry. Kemudian dia mesti nak tahu
apa kekuatan kau sebab kau dah cerita pada dia yang kau biasa terlibat dengan
aktiviti-aktiviti kampus dan lain-lain. Suapkan panel dengan cerita-cerita yang
menonjolkan diri kau, yang mampu menarik perhatian panel.
Jawapan
yang baik adalah jawapan yang mampu menarik minat panel untuk tahu lebih banyak
tentang diri kau. Sebab apa? Sebab dia akan nampak potensi dalam diri kau. Itu bagi akulah.
Macam mana
nak berikan jawapan yang baik kepada soalan-soalan panel?
Tak ada
cara lain, kau mesti berlatih. Kau mesti buat persediaan. Kau tak boleh hentam
masuk je dalam bilik temuduga macam bos. Lainlah kalau kau dah ada pengalaman
yang luas dalam bab-bab temuduga ni. Tapi aku rasa, orang yang dah ada
pengalaman pun akan buat persediaan. Paling kurang dia akan lakukan kajian
tentang syarikat dan cuba mencari ruang pada syarikat yang dia mampu
menyumbang.
Cara aku
bersedia adalah dengan cuba menduga soalan-soalan yang akan ditanya dan
tuliskan jawapannya siap-siap. Aku lebih selesa menulis. Bila aku tulis
sesuatu, aku akan lebih mudah untuk ingat. Tapi itu cara aku. Ada kawan aku, dia
lebih selesa dengan menjawab melalui lisan sebagai persediaan. Ada juga yang
lebih suka mencarut-carut, merapu-rapu sebelum masuk temuduga. Mungkin dia guna
Bahasa yang aku tak faham. Abaikan.
Bukti aku tulis apa yang aku nak cakap. |
Aku tulis
ni sebab ada yang bertanya macam mana nak jawab soalan-soalan temuduga ni. Gaya
macam aku pakar. Tapi aku cubalah juga tolong, berkongsi apa yang aku tahu. Ini sekadar aku kongsi apa yang aku rasa bermanfaat kepada anda diluar sana. Kalau salah, tolong tegur. Ada pendapat yang bercanggah, sila nyatakan. I am open for discussion.
*sengih*
Semoga ada
manfaatnya. Insyaallah.
Cuma buat
anda yang rasa susah nak cakap dalam Bahasa Inggeris, nasihat aku mulakan
dengan menulis apa yang kita nak sampaikan/cakapkan. Aku masa sekolah rendah
dulu memang ini yang aku amalkan. Aku tulis apa yang aku nak cakap. Aku tulis
lirik-lirik lagu Bahasa Inggeris yang aku suka, sebab aku nak nyanyi dengan
riang ria.
Dulu mana
ada kemudahan internet macam sekarang, boleh google lirik senang-senang. Jadi
aku akan tunggu depan radio dan bila lagu yang aku suka tu dimainkan, aku akan
cepat-cepat tulis lirik yang sempat aku dengar. Alhamdulillah. Kerja yang
nampak macam sia-sia dulu, banyak membantu penguasaan Bahasa Inggeris aku.
Tak ada
jalan pintas. Kau nak jadi lebih baik, kau kena usaha. Good luck.
*angkat
kening tiga kali*
Tags:
Life Lesson
Pengalaman
5 comments
Good! Thanks fyi, it helps. After this can use it in the interview and I can share this with my sister. She is going to have her first interview. I am afraid and nervous for her because she is an introvert. Thanks again. Hoho
ReplyDeleteBtw, we have the same way learning english. Through song. Copy the lyrics while listening. hahaha. kbye.
First interview? Umur berapa kakak tu? Takda pengalaman langsung ke? 😐
ReplyDeleteIntroverts is just an excuse. Im an introvert. But look at me. Still can be out going and active.
Sibuk je la nak sama cara belajar englishnya. 😂
Adik, 18. Of course no experience. haha
DeleteShe is not as introvert as you. She is different, I don't know how to describe. Its oky, I'll teach her later. I also did the same thing just like you, tulis apa nak cakap sebelum g iv. Luckily, i'd got my first iv after matriculation, lepas iv olok-olok dgn Mr.Soma. haha
bukan sibuk, I'm telling you the truth. hahaha. >,<
Like i said, being an introvert is just an excuse, a way out for some people. If you train yourself, you can be better, you'll mix well with others. And you'll start feeling the need to get along with others.
DeleteTruth tak truth. :3
hahaha, okay, it is true. I'm not as introvert as i were before. Sekarang dah 60:40. But, for her, mungkin byk masa yg dy perlu untuk kurangkan introvert dy tu. *searching*
DeleteKomen anda adalah di hargai :D