Seruan Kembali Terasa

9:38 PM Hasnul Adin 0 Comments

Lama tak menulis.
Entah berapa kali seruan kedengaran,
Namun tak satu pun aku sambut.
Bertubi ilham singgah di benak minda, 
tak satu yang kekal di hati.

Dia cukup membantu,
Setia bersama kala itu dan tika ini,
Kita bersatu.

Bila pandang semula ke belakang,
Baru aku sedar Kau selalu menghulur tangan.
Baru aku tahu Kau  tak mahu aku hilang.
Kerana andai aku hilang dan diri makin jauh,
Yang sakitnya aku, bukan Kau!
Bukan salah Kau.
Aku yang lari.
Aku yang berpaling.
Aku yang tepis.

Tangis di tunggu tika dinihari,
Bantal jua yang meneman,
Mana sejadah?
Mana kopiah?
Mana zikir?
Mana Quran?

Kau berikan aku hidup sehari lagi,
Aku siakan. 
Banyak lalai bertambah leka.
Oh dunia.
Alat menuju syurga.
Sedarkah aku?



You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.