Kisah Baru Seminggu Menjadi Ayah

Alhamdulillah. Syukur.

Dah seminggu bergelar ayah. Dan dah selesai juga minggu pertama Minggu Pengurusan Cahaya Mata. Kahkah!

Banyak sangat pelajaran baru, banyak sangat perkara to look forward to dan banyak juga kisah nak dikongsi. Daripada sebelum baby keluar, sampailah ke pagi tadi ni, baby senyum bila saya kata nak pergi kerja, semua perkara baik baik yang Allah tunjukkan tu ingin saya kongsikan nanti ni.

Tapi buat masa ni, cukuplah saya beritahu ibu dan anak kedua duanya sihat, dalam keadaan baik. Biasalah kena ke klinik untuk pemeriksaan berkala tu. Semua itu prosedur demi keselamatan dan kesihatan mereka.

Cuma nak beritahu, kalau ada yang mesej saya bagi ucapan ke, bertanya khabar ke apa ke tapi tak berbalas, saya minta maaf. Selain lambakan mesej, saya juga mahu beri tumpuan yang lebih pada isteri dan anak buat masa ni. Jika ada mesej yang berbalas pon, majoritinya urusan kerja.

Bila saya tengok semula kan, 3 minggu kebelakang ni memang hectic juga hidup saya. 

3 minggu lepas saya sibuk menguruskan, menyediakan AJKO dan Alumni. Minggu selepasnya ditagih untuk bantu Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KMPk walaupun cuma secara atas talian. Dan selesai je MPPB, elok isteri saya bersalin dan bermulalah perjalanan hidup sebagai seorang ayahanda pula. Such great planning by The Almighty.

Daripada mana kekuatan saya untuk kekal waras dan bertenaga 3 minggu berturut ni? Mestilah daripada doa isteri solehah saya, mak ayah, mak abah, ahli keluarga dan juga rakan, kenalan saya yang baik baik belaka.

Itu sajalah yang sempat nak kongsi buat masa ni. Harapnya bila dah mula kerja semula ni, dapatlah saya selitkan sikit masa nak menulis. Manalah tahu, tiba tiba jadi buku. Gittuw.

Hasnul Adin
Ayahanda Baru Satu Minggu

Post asal di Facebook.

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D