Alumni KMPk: Perjumpaan Bersama Pengarah Baru Kolej Matrikulasi Perak - 7 September 2018

















Syukur.

Hasil usaha pencarian bersama tuan KJM, En. Mahfuz Najhan akhirnya kita berjaya membawa kembali Presiden NGO Alumni KMPk, Hilmi Ismail pulang ke kolej untuk perjumpaan bersama Encik Shashim Shah, Pengarah baru Kolej Matrikulasi Perak.

Pertemuan pertama kali antara barisan Majlis Tertinggi persatuan bersama Tuan Pengarah baru kolej ini secara peribadinya sangat bermakna.

Apa tidaknya. Pertemuan yang dipengerusikan sendiri oleh beliau dimulakan dengan sedikit perkongsian tentang apa visi dan cita cita beliau sebagai Pengarah KMPk kini, apa yang beliau sedang usahakan dan pengalaman beliau sendiri bersama gerakan alumni/persatuan.

Selepas pembentangan gerak kerja dan program program anjuran NGO Alumni KMPk oleh Presiden, Tuan Pengarah telah menyatakan beberapa cadangan, idea dan amanat untuk kami semua.

Antara beberapa perkara yang disentuh adalah berkenaan;

1. Keahlian persatuan yang perlu diperkasakan lagi
2. Kempen crowdfunding untuk gerak kerja dan idea perlaksanaannya
3. Persatuan perlu ada bisnes sendiri untuk jana ekonomi
4. Tim motivasi alumni
5. Karnival yang mengumpulkan seramai mungkin alumni

Yang paling menarik adalah berkenaan crowdfundung dan penjanaan ekonomi yang mana hal ni sebenarnya sedang diusahakan pon oleh persatuan. Kami sedang mengumpul info berkenaan syarikat atau individu yang dilihat berpotensi menjadi penyumbang kewangan untuk gerak kerja dan program yang bakal dianjurkan.

Manakala hal karnival ini pula tak dapat lari daripada Sambutan 10 Tahun Alumni yang akan berlansung tahun hadapan. Kita sedang memikirkan dan merencanakan aktiviti yang boleh diadakan sepanjang sambutan. Dan pastinya karnival ni akan kita selitkan sebagai aktiviti khas.

Lebih menarik, Tuan Pengarah telah tekankan supaya karnival dan sambutan ni nanti dijalankan di kolej dan gunakan kemudahan prasarana kolej yang ada sebaiknya.

Tapi satu perkara utama yang dikatakan semalam oleh Tuan Pengarah adalah beliau mahu alumni turut serta dalam semua aktiviti kolej. Beliau juga mahu dan berharap alumni dapat menghantar wakil bagi mempromosikan matrikulasi ke sekolah sekolah, bersama dengan kaunselor dan pegawai kolej. Beliau mahu alumni bantu beliau buka matrikulasi ke dunia luar.

Dan banyak lagi sebenarnya yang diperkatakan oleh beliau. Kalau semuanya nak ditulis, maka lebih baik aku tulis buku.

Semoga pertemuan ni akan mengukuhkan lagi jalinan antara persatuan dan kolej. Terima kasih yang teramat pada pihak pengurusan yang selama ini menyokong dan membantu persatuan.

Semoga juga, dalam masa terdekat ini kita berjaya menemukan dan membawa pulang Timbalan Presiden, Zahid Dolah pula. Doakan.

#perang #kmpkdihatiku #teamrindukmpk






Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D