Sejarah Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad by Riduan Mohamad Nor
My rating: 4 of 5 stars
“Dunia adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah!”
Satu tulisan yang dapat membuka minda pembaca terutamanya dari kalangan pemuda pemudi bergelar mahasiswa mahasiswi yang kurang arif tentang pergerakan mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini.
Apa yang dapat dilihat, ada jurang perbezaan yang ketara dalam gerakan mahasiswa kini dan gerakan mahasiswa pada dekad-dekad yang lalu.
Antara yang menyebabkan wujud jurang ini adalah perpecahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa sendiri. Ini yang menjadi punca utama kelemahan gerakan pelajar sehingga akhirnya momentum mulai lemah.
Jika dibandingkan, mahasiswa kini terdedah kepada pergaduhan dan perselisihan faham dengan lebih mudah. Masing-masing ingin mengutarakan pendapat tetapi ianya berlaku di belakang skrin, menggunakan keyboard tanpa perlu face to face. Ini menambahkan lagi rasa “berani” untuk memperjuangkan ideanya tanpa risiko besar dicemuh apabila ada yang tidak setuju. Sebenarnya ini melemahkan mahasiswa sendiri kerana kurangnya pendedahan terhadap realiti kehidupan yang sebenar.
Tanpa kemudahan yang ada di alaf baru ini, mahasiswa dekad yang lalu perlu turun dan berkumpul dalam usaha untuk menyampaikan idea-idea mereka. Pendedahan demi pendedahan telah membina kekuatan bukan sahaja kepada indiviu tetapi kepada kumpulan mereka. Ukhuwah dan persefahaman mereka bertambah kukuh. Sama-sama merasa.
Apapun, gerakan mahasiswa sepanjang kewujudannya telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.
Moga lahir lebih banyak pemimpin dari denyut nadi rakyat.
View all my reviews
Review penuh:
“Dunia adalah milik
anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah!”
Satu tulisan yang dapat membuka
minda pembaca terutamanya dari kalangan pemuda pemudi bergelar mahasiswa
mahasiswi yang kurang arif tentang pergerakan mahasiswa di institusi-institusi
pengajian tinggi di negara ini.
Di awal penulisan, penulis telah
mendedahkan gerakan-gerakan mahasiswa dari rantau Asia bersama pencetusnya dari
kalangan anak muda dengan julat umur 20-an sebelum menceritakan tentang gerakan
di Malaysia. Antara negara-negara yang disebut adalah Mesir dimana tertubuhnya
Ikhwanul Muslimin dibawah pimpinan Hassan al-Banna, Filpina dengan Jose Rizal,
Aung San Suu Kyi di Burma dan lain-lain lagi.
“Kampus universiti atau institusi pendidikan sebagai
wadah untuk mencanai pemnikiran anak
muda, mengasuh menjadi pemimpin dan menuang idea-idea besar dalam minda mereka
yang mendidih dengan semangat untuk mengubah masyarakat.” tegas penulis.
Dalam buku ini, penulis
membahagikan gerakan-gerakan mahasiswa mengikut dekad. Bermula dengan dekad
60-an sehinggalah kini.
Secara umumnya gerakan pada tahun
60-an telah menyaksikan anak muda mahasiswa bergerak pada skala yang besar
apabila banyak kegiatan dan bantahan mereka tidak hanya tertumpu dalam negara
bahkan di peringkat antarabangsa. Pembelaan hak rakyat Palestin, pencerobohan
Amerika di Vietnam dan sebagainya. Antara tokoh-tokoh mahasiswa yang terkenal
pada masa itu adalah Sanusi Osman dan Anwar Ibrahim.
Dekad 70-an menjadi saksi permuafakatan politik baru, BN yang juga
disertai oleh PAS dengan bertemakan perpaduan. Lanskap politik negara yang
berubah ini adalah kesan daripada peristiwa 13 Mei. Ketika itu suara mahasiswa
semakin berkesan akibat daripada tenggelamnya suara pembangkang dalam parlimen.
Kebangkitan mahasiswa dalam dekad
70-an telah membawa kepada kebangkitan Islam secara perlahan-lahan mengambil
alih pengaruh sosialisme di kampus-kampus. Ini juga adalah hasil impak fenomena
kebangkitan Islam diseluruh dunia ketika itu.
Penulis telah mengetengahkan dua
susuk yang tidak asing dalam dunia politik Malaysia dalam dekad 70-an ini.
Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais masing-masing punya impak dan karisma yang
tersendiri dalam membawa perjuangan mereka ke depan.
Tahun 1971, Angkatan Belia Islam
Malaysia, ABIM ditubuhkan oleh pengasasnya Anwar Ibarahim untuk menjadi
wadah kesinambungan perjuangan PKPIM. ABIM
mendokong konsep Islam sebagai addeen dalam pengertian syumul dan bercita-cita
untuk mewujudkan masyarakat Islam yang tulen.
Diceritakan juga sedikit
bagaimana Anwar Ibrahim sebelum menyertai UMNO, bersama ABIM meletakkan diri
mereka sebagai generasi al-Quran. Mereka membina lanskap baru kampus dalam
suasana Islam. Isu pertama yang menjadi sasaran mereka ialah akhlak. Menentang
kegiatan-kegiatan untuk berseronok seperti ragging ketika orientas, mendesak
kewujudan surau di kolej kediaman dan menghentikan bar-bar serta majlis maksiat
yang lain.
Anwar telah menjadikan ABIM
sebagai kuasa kuat di kampus dalam dekad 70-an.
Penulis turut menbincangkan mengenai
AUKU yang bertujuan mengawal pergerakan
mahasiswa terutama dalam politik dan membendung faham perkauman serta
melumpuhkan potensi pelajar sebagai pengkritik kerajaan.
Ini dapat difahami mengapa
apabila kita kenang semula peristiwa “Demonstrasi Anti Tunku”. Pelajar melayu
begitu marah kepada Tunku atas beberapa alasan; jurang ekonomi antara melayu
dan cina, kemiskinan luar bandar yang tegar dan ini telah mengakibatkan
keupayaan Tunku dipertikaikan lantas mendesak beliau meletak jawatan.
Desakan demi desakan akhirnya
menyebabkan Tunku berundur dan digantikan denga Tun Abdul Razak.
“Suara mahasiswa adalah suara
keramat!”
Dekad 80-an, penulis menceritakan
sedikit mengenai kemasukan Anwar Ibrahim ke UMNO atas jemputan Dr Mahathir dan
usai memenangai kerusi parlimen Permatang Pauh pada tahun 1982, beliau telah
dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kemasukan Anwar
ke UMNO telah membawa kepada perpecahan Gerakan Mahasiswa Islam termasuklah
ABIM sendiri yang kemudian terbahagi kepada beberapa kelompok.
Juga diselitkan kelahiran
kelompok-kelompok baru di kampus seperti Voice of Islam di UK, pertubuhan Darul
Arqam, Tabligh dan Generasi Haraki dan Fenomena Haji Hadi.
Disambung pula dengan
cerita-cerita perjuangan mahasiswa-mahasiswa di kampus-kampus dalam
memperjuangkan pelbagai isu. Antaranya isu Afganistan yang diserang dan
membantah tindakan kejam Israel. Turut menarik perhatian adalah usaha membantah
konsert-konsert yang ingin dianjurkan di universiti seperti konsert Sudirman,
Sheila Majid. Headwind, Tina Turner dan paling menarik konsert kumpulan
terkenal Scorpion dan konsert Raja Pop Micheal Jackson. Bantahan dikemukakan
kerana keuntungan yang terhasil daripada konsert-konsert ini sangatlah kecil
jika handak dibandingkan dengan maruah negara yang tergadai. Budaya kuning
turut akan menular dalam kalangan pelajar-pelajar kampus.
Lain-lain yang turut diceritakan
adalah gerakan terhadap isu purdah, pemecatan Lutfi Osman, serangan terhadap
Libya dan isu pengangguran mahasiswa.
Persatuan Siswazah Kelantan telah
menjalankan kajian dan didapati 76.4 peratus mahasiswa penganggur adalah
penyokong parti bukan kerajaan dan cuma 2.6 peratus sahaja daripada mereka itu
yang menyokong kerajaan.
Merakyatkan perjuangan menjadi
tema penulis untuk dekad 90-an. Dimulakan dengan menceritakan sikap GAMIS yang
selalu muncul dalam bantahan awam yang berkaitan umat islam dan merespon
isu-isu tersebut, dalam atau luar negara.
Antara isu yang menarik adalah
bantahan dalam isu Kerinchi Link yang ingin dibina pada ketika itu dengan
merentasi Masjid ar-Rahman. Masjid tersebut tidak ubah peranannya seperti
Masjid Uni. Tehran atau Masjid al-Azhar di Jakarta yang menjadi persinggahan
mahasiswa serta aktif dengan kuliah-kuliah.
Bantahan dan demonstrasi diadakan
beberapa kali pada hari Jumaat seperti pada 521 Feb 1999 mahasiswa berkumpul
mengadakan demonstrasi bantahan. Usaha ini akhirnya didengari kerajaan dan plan
asal Kerinchi Link telah diubah.
Seterusnya bermulalah era
reformasi di bawah pimpinan Anwar Ibrahim. Berikut adlah antara butiran
peristiharan;
Di alaf baru ini, kesuraman
sangat terasa dengan pelbagai isu seperti peningkatan mendadak isu militansi
agama yang menyaksikan umat Islam berada
di kandang orang salah. Kejadian 11 September yang mencanangkan lagi kebencian kepada Islam.
Budaya Hedonisme yang semakin menjadi-jadi juga tidak ketinggalan.
Ini membawa kepada kemerosotan
gerakan mahasiswa awal alaf baru.
Ditambah pula dengan tekanan
kerajaan yang bersungguh-sungguh dalam memastikan usaha “menghasut pelajar
benci kerajaan” terhenti. Baik dari kalangan mahasiswa ataupun pensyarah. HEP
yang sepatutnya membantu potensi pelajar pula menjadi perkakas politik pihak
penguasa.
Kemudian ditambah lagi dengan budaya selesa pelajar dan
pensyarah yang mana telah menyaksikan bermulanya tempoh-tempoh playsafe. Merasa
lebih baik berdiam diri daripada bersifat ambil tahu akan isu-isu yang timbul
agar selamat masa depan mereka di kampus. Bukan semua, tapi ada juga.
Peranan masyarkat dan media cukup penting juga dalam gerakan
mahasiswa. Namun dalam dekad ini, masyarakat sudah tidak memandang mahasiswa
sebagai istimewa kerana hampir setiap keluarga ada sekurang-kurangnya seorang
anak yang menuntut di universiti berbanding dekad-dekad yang lalu. Kelompok
mahasiswa yang besar ini telah menghilangkan aura “luar biasa” yang pernah ada dahulu.
Manakala media pula kini menjadi riuh dengan laporan-laporan kegiatan mahasiswa
yang menjurus kepada kemaksiatan. Jika dahulu, akhbar-akhbar melaporkan
objektif kegiatan dan pendangan pemimpin pelajar sehingga masyarakat mengenali
mereka sebagai golongan yang mampu membuat perubahan. Kini, yang muncul di
dada-dada akhbar, di ruang-ruang utama kebanyakan berita gejala negetif mereka.
Berbeza.
Apa yang dapat dilihat, ada jurang perbezaan yang ketara
dalam gerakan mahasiswa kini dan gerakan mahasiswa pada dekad-dekad yang lalu.
Antara yang menyebabkan wujud jurang ini adalah perpecahan
yang berlaku dalam kalangan mahasiswa sendiri. Ini yang menjadi punca utama
kelemahan gerakan pelajar sehingga akhirnya momentum mulai lemah.
Jika dibandingkan, mahasiswa kini terdedah kepada pergaduhan
dan perselisihan faham dengan lebih mudah. Masing-masing ingin mengutarakan
pendapat tetapi ianya berlaku di belakang skrin, menggunakan keyboard tanpa
perlu face to face. Ini menambahkan lagi rasa “berani” untuk memperjuangkan
ideanya tanpa risiko besar dicemuh apabila ada yang tidak setuju. Sebenarnya
ini melemahkan mahasiswa sendiri kerana kurangnya pendedahan terhadap realiti
kehidupan yang sebenar.
Tanpa kemudahan yang ada di alaf baru ini, mahasiswa dekad
yang lalu perlu turun dan berkumpul dalam usaha untuk menyampaikan idea-idea
mereka. Pendedahan demi pendedahan telah membina kekuatan bukan sahaja kepada
indiviu tetapi kepada kumpulan mereka. Ukhuwah dan persefahaman mereka
bertambah kukuh. Sama-sama merasa.
Apapun, gerakan mahasiswa sepanjang kewujudannya telah
memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.
Moga lahir lebih banyak pemimpin dari denyut nadi rakyat.
1 comments
singgah & follow...byk info kat sini yg bermanfaat..
ReplyDeleteKomen anda adalah di hargai :D