Bayaran Kehidupan #2
Matahari semakin memunculkan diri
menandakan pagi telah tiba. Sejak sebelum subuh lagi tahanan-tahanan The Black
Factory sudah dikejutkan dari tidur mereka. Mereka akan dikerahkan untuk tugas di bahagian
masing-masing. Hari ini genaplah sudah seratus hari sejak hari pertama Rudie
dihantar ke sini untuk melangsaikan hutang kehidupannya dan juga hukumannya.
“Kemana
arah tuju?” kereta yang dinaiki mereka berhenti apabila tiba di roadblock.
Seorang pegawai polis mendekati tingkap pemandu dan bertanyakan sesuatu.
“Kami
nak ke dataran.” Hakimi yang memandu kereta tersebut menjawab soalan pegawai
polis tersebut dengan mesra.
“Dataran
mana?”
“Dataran
yang ada bunga api tu, tuan. Kawan kami, Arif ni memang suka tengok bunga api.”
“Oh.
Baiklah.”
“Kejap.
Maaf ya. Saya minta kerjasama kamu untuk hentikan kenderaan di tepi sana tu.” datang
seorang lagi pegawai mendekati mereka.
Yang satu ini, tidak kelihatan seperti seorang anggota polis. Dia berpakaian
formal. Berbaju kemeja dan bertali leher. Ditangan kanannya ada sebuah fail
berwarna coklat.
“Kenapa
ya?” soal Hakimi ragu-ragu.
“Nanti
kami beritahu kenapa. Tolong ya. Hentikan kereta kamu di sana.” pegawai polis
itu meminta mereka dengan nada yang tegas.
“Baik.
Baik…” mereka akur akan kehendak pegawai berkenaan.
Hakimi
mematikan enjin kereta dan mereka semua keluar daripada kereta apabila diminta.
Arif dan Naim kelihatan gelisah ketika ini. Mana tidaknya. Tiba-tiba sahaja
mereka ditahan polis. Manakala Hakimi dan Rudie pula sedang membincangkan
sesuatu. Kemudian Hakimi mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula menaip.
Dua
pegawai yang menahan mereka tadi sedang berbincang sebelum yang berbaju kemeja
tadi mendekati mereka.
“Kamu
Shah Rudie Bin Hazamin?” soal pegawai berkenaan.
“Ya
saya. Saya Rudie.” jawap Rudie yakin.
“Kamu
pula, Nor Hakimi Bin Mohamad Khairi” soal pegawai itu sambil menunding pada
Hakimi.
“Ya.
Betullah tu.”
“Saya
mendapat arahan untuk menahan awak berdua. Jadi saya minta awak berdua untuk
bertenang dan berikan kerjasama pada kami. Saya hanya mengikut arahan yang
diberi. Kalau awak berdua beri kerjasama, saya jamin urusan kita akan selesai
dengan mudah.” jelas pegawai berkenaan sambil menunjukkan gambar Hakimi dan
Rudie yang berada di dalam fail.
“Atas
sebab apa kami ditahan?” Rudie membentak. Nyata dia sangat tidak berpuas hati
dengan apa yang sedang terjadi.
“Seperti
yang saya katakan sebentar tadi. Saya hanya mengikut arahan. Sila beri
kerjasama. Dua orang pegawai ini akan membawa awak berdua ke pejabat kami.” dua
orang pegawai berpakaian seperti pegawai yang menahan mereka tadi datang untuk
membawa Hakimi dan Rudie pergi.
“Sabar
Rudie. Tenang. Kita tengok apa jadi lepas ni.” Hakimi cuba menenangkan keadaan.
“Kejap.
Kami macam mana?” tiba-tiba Arif bersuara.
“Kereta
ni macam mana? Kami tak boleh drive.” sambung Naim pula.
“Awak
berdua pun nak ikut ke?”
“Err…”
“Kalau
begitu, sila diam dan biarkan kami dengan kerja kami. Bawa mereka berdua.”
lantas dua orang pegawai tadi membawa Hakimi dan Rudie ke dalam kereta peronda.
Terdiam
Arif dan Naim. Tidak ada apa yang boleh mereka lakukan ketika ini. Mereka tahu,
kekasaran tidak akan menyelesaikan apa-apa. Lagipun, mereka tak berani seperti
rakan mereka Hakimi dan Rudie.
Pada malam itu, Hakimi dan Rudie
dibawa ke Pit atas selepas ditahan semasa roadblock. Rancangan mereka untuk ke
dataran malam itu tidak kesampaian. Hasrat untuk berkumpul bersama
sahabat-sahabat seperjuangan dalam usaha membantah kekejaman kepimpinan negara
pada malam tahun baru kini sudah lebur. Rudie tahu dia akan dibawa ke Pit
walaupun pegawai yang menahannya mengatakan akan menghantarnya ke pejabat
mereka. Dia tidak peduli kemana pun dia dibawa. Yang penting rakan-rakannya
tahu. Itu sebabnya awal-awal lagi dia minta Hakimi menghantar pesanan ringkas
untuk maklumkan pada sahabat-sahabat mereka yang lain.
Kini
Rudie di letakkan dalam bilik tahanan. Dia di suruh duduk disitu sehingga
diberitahu. Maka duduklah dia disitu, menanti bila agaknya dia akan dikunjungi
pegawai yang akan menjelaskan kenapa dia di sini.
“Encik
Rudie… Saya Athena. Peguam Pit. Sila duduk.” tiba-tiba masuk seorang wanita
memperkenalkan diri.
“Kenapa
saya disini?” belum sempat Athena berkata apa-apa, Rudie sudah menerkam dengan
pertanyaan.
“Sabar
Encik Rudie. Bertenang. Saya akan jelaskan satu persatu.”
“…”
“Okay.
Baiklah. Encik Shah Rudie Bin Hazamin, kan?”
“Ya.
Sayalah tu.”
“Anda
ditahan di sini kerana anda disyaki menyebarkan fitnah terhadap kepimpinan
negara dan juga disyaki menghasut rakyat melawan kepimpinan.”
“Huh?”
“Kenapa
Encik Rudie? Saya salah cakap ke?”
“…
Bila?”
“Encik
Rudie boleh lihat di sini.” Athena menunjukkan fail yang dibawanya sebentar
tadi. Di menunjukkan screen shot daripada status facebook dan twitter Rudie.
“Sebab
ini je saya kena tahan sini?”
“Ya.
Dan juga sebab-sebab lain yang kami rasa adalah terbaik untuk kami diamkan buat
masa ini.”
“Takkan
sebab ni je saya ditahan? Undang-undang mana kamu pakai ni?”
“Encik
Rudie dah lupa? Lepas tamatkan pengajian di universiti dulu, awak telah
tandatangani perjanjian graduan. Di dalam perjanjian itu, pada perkara 6.1 ada
dinyatakan bahawa sebarang provokasi dan cubaan untuk melawan pihak pimpinan
boleh menyebabkan awak dibawa ke muka pengadilan.”
“…”
“Encik
Rudie? Awak mengaku bersalah dalam hal ini?”
“…”
“Baiklah.
Mengaku atau tidak, awak telah didapati bersalah dalam hal ini. Oleh kerana
itu, awak akan dibawa ke The Black Factory untuk menjalani hukuman anda.”
“Perbicaraan?”
“Awak
sudah didapati bersalah. Cukup sampai di sini. Saya minta diri.”
“Cik
Athena, berapa lama hukuman saya?”
“Itu
saya tak tahu. Itu bukan masalah saya. Kerja saya hanyalah memaklumkan pada
awak apa kesalahan awak dan apa yang akan terjadi pada awak seterusnya. Encik
Rudie, selamat berjaya di The Black Factory. Berehatlah dulu malam ni. Esok
awak akan dibawa ke sana.”
“…”
Terdiam Rudie ketika ini. Apa pun
yang dia lakukan, dia tahu dia tidak boleh terlepas daripada malapetaka yang
terjadi ketika ini. Dari dalam bilik tahanan dia mendengar bunyi bunga api
menandakan sudah masuk tahun baru. Kini dia hanya perlu menunggu pagi menjelma
dimana dia akan di bawa ke The Black Factory.
Pintu bilik Rudie diketuk dari luar.
Seorang lelaki separuh umur muncul bersama tuala di bahu dan sebatang rokok
terselih di telinga.
“Rudie,
bangunlah. Dah pagi dah ni.”
“Aku
bangun dah Boss. Dah mandi dah pun. Terima kasih.”
“Oh.
Okay. Aku mandi dulu.” kata lelaki yang dikenali sebagai Boss itu sebelum
menambah “Rudie, selamat hari ke seratus.” Lelaki itu tersenyum sebelum berlalu
meninggalkan bilik Rudie. Rudie hanya tersenyum mendengar ucapan Boss. Memang
sejak dia di sini, dia rapat dengan Boss yang sudah berusia itu.
Dia lebih
senang duduk dalam kalangan mereka yang berumur. Dia mahu menyerap sebarang
ilmu kehidupan yang boleh dia dapati daripada mereka-mereka yang lebih berusia
daripada dirinya. Kematangan dan kematangan mereka dalam menempuh kehidupan
sangat berharga bagi Rudie.
Rudie masih ingat lagi sewaktu dia
mula-mula tiba di The Black Factory. Orang pertama yang menegurnya adalah Boss
dan mereka-mereka yang rapat dengan Boss.
“Kau
pernah sampai The Black Factory, Kimi?” sengaja Rudie bertanya soalan itu pada
Hakimi. Mahu memecah kesunyian di dalam van yang sedang menuju The Black
Factory.
“Belum.
Ini baru nak tengok dengan mata sendiri.” jawap Hakimi selamba.
“Okay.
Turun semua. Kita dah sampai.” perintah seorang pegawai sebaik sahaja van
berhenti.
“Besar
betul. Berapa tingkat ni?” Rudie sekadar bertanya. Tidak mengharapkan jawapan.
“Kamu!
Berbaris di sini. Kami nak semak ID dahulu sebelum masuk ke dalam.” seorang
pegawai mengarahkan mereka berbaris.
Pintu hadapan bangunan setinggi dua
puluh tingkat itu dibuka dari dalam. Seorang lelaki berbaju kemeja kemas keluar
untuk menyambut mereka.
“Selamat
datang ke The Black Factory semua! Nama aku Sam. Aku pegawai tertinggi The
Black Factory dan menjadi tugas aku untuk menyampaikan jutaan tahniah pada kamu
semua kerana berjaya ke sini. Tahniah!” kata-kata perli yang keluar dari mulut
Sam di sambung dengan ketawa beberapa orang pengawal di situ.
“Baiklah,
selepas ini kamu akan di tempatkan di bahagian masing-masing. Sebelum itu, kamu
semua akan ke stor untuk ambil pakaian dan keperluan kamu untuk tinggal di
sini. Jangan risau, semuanya kami sediakan. It will be just like home.” sambung
Sam lagi.
Selesai
menyemak ID setiap tahanan, mereka semua di arahkan untuk masuk ke dalam untuk
ke stor.
“Oh.
Tunggu dulu. Hakimi, mari sini.” belum sempat mereka masuk, Sam mencelah.
“Aku
ingatkan kau dah lupa.” Hakimi bergerak ke arah Sam. Sam mengeluarkan segugus
kunci dan membuka gari di tangan Hakimi.
“Apa
ni? Kimi? Kau kenal dia ni?”apa yang sedang berlaku sekarang ini mendatangkan
tanda tanya pada Rudie. Kenapa pula Hakimi dibebaskan? Siapa Hakimi sebenarnya?
“Well
Rudie, Encik Hakimi ni, you can call him, our special force. Perisiklah lebih
kurang. Untuk memudahkan kerja kami dalam menangani pemberontak-pemberontak
seperti kamu semua ni. Lagi-lagi yang highly wanted macam kamu, Rudie.” jelas
Sam.
“Jangan
terkejut sangatlah Rudie. It’s just good business, bro.” ketawa Hakimi.
Sungguh Rudie tak sangka, Hakimi
yang bersama dia selama ini berpaling tadah. Menjadi musuh dalam selimut. Menikam
dia dari belakang. Patutlah semasa ditahan, Hakimi menyuruh dia bertenang.
Rupanya memang ianya sudah dirancang. Penangkapan mereka memang sudah mereka
aturkan dengan pertolongan Hakimi sebagai sumber informasi.
Sejak dari hari itu, dia menjadi
penghuni The Black Factory. Kilang yang mengerah tenaga manusia pembelot
sepertinya. Dan pagi ini, seperti pagi sembilan puluh sembilan hari yang lalu, tenaganya akan dikerah di sini. Untuk memastikan negara ini kekal hidup.
Tags:
Bayaran Kehidupan
Idea Cerita
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D