Ada Tak Ketikanya Ibumu Tiada Di Sisi?




Aku kepenatan hari ini. Lain macam punya penat.

Semalam di kampung sepanjang hari. Macam-macam aktiviti. Daripada kenduri sampailah ke menebas dahan pokok rambutan. Mengupas rambutan-rambutan (bawak balik rumah letak dalam peti ais // makan time sejuk-sejuk - sedap!). Malam baru sampai rumah. Sampai ke tengah malam menyiapkan surat-surat program.

Hari ini buat ais krim. Hantar ais krim. Masuk pekan beli barang-barang untuk masak ais krim. Kereta mati tengah pekan pulak. Tersadai aku dekat 30 minit kat tepi jalan. Petang teman adik pergi uruskan hal masuk U. Menjelang maghrib aku dah worn out. Lepas maghrib terus terlelap. Ais krim baru 20% je siap buat. 

Lepas isyak sedang aku siap-siap nak teruskan buat ais krim, mak datang.

"Nak mak tolong ke?"

Pelawaan mak aku tolak. Aku tahu mak pun penat. Penat-penat aku, penat lagi mak. Pagi uruskan rumah. Petang masuk kerja. Lepas isyak baru balik rumah. Sampai rumah, mak uruskan benda-benda lain dulu sebelum masuk rehat.

"Tak payahlah. Mak rehat. Tidur."

Mak abaikan je aku. Tahu-tahu mak tengah tolong tuangkan ais krim ke dalam plastik. Jadi kerja aku adalah ikat plastik je. Jadi kerja lebih cepat siap. 30 minit lebih gitu selesai dah.

Itulah mak. Mungkin mak boleh nampak aku penat, layu lain macam masa tengah susun work station sebelum nak mula isi ais krim. Itu sebabnya mak insist nak tolong juga aku tanpa pedulikan penat diri sendiri. 

Sempatlah bersembang sikit dalam tengah mengerjakan ais krim tu. Nak sembang banyak aku tahu mak penat. Kalau sembang jugak memang lambatlah siap. Lambat mak rehat. 

Terima kasih mak. Selalu ada melayan, membantu dan memahami anakmu yang seorang ini. Anakmu ini pasti akan membanggakanmu suatu hari nanti. 

"Yang tidak pernah meninggalkanmu selain Tuhan, adalah doa ibumu."

Nota 1: Selesai buat ais krim tadi aku minta mak tolong buatkan air teh. Alasannya - badan penat macam ni, kalau dapat air teh mesti refreshing. Kalau aku buat sendiri, mesti mak tak bagi. Sebab mak tau aku akan buat manis-manis. Jadi tak nak mak risau (marah) aku buat manis, mintalah mak tolong buatkan. 5 minit kemudian siap dah air teh. Yeay. :3

Nota 2: Esok nak berjalan ke Selangor pula dan aku baru je siapkan laporan program yang nak kena sumbit esok pagi. Bila nak tidur? 


🏂


Share:

2 comments

Komen anda adalah di hargai :D