Hadiah Zaman Dewasa vs Zaman Kanak-Kanak - Aku Ingat Lagi #2

Aku ingat lagi masa darjah tiga ayah pernah hadiahkan aku RM5 sebab dapat tempat ketiga dalam kelas. RM5 pun nak bising, kan? Tapi itulah RM5 tu besar nilainya pada seorang budak yang berumur 9 tahun masa tu.

Itu keputusan untuk peperiksaan pertengahan tahun kalau tak silap.


Kemudian untuk peperiksaan akhir tahun pula aku dapat tempat kedua dalam kelas. Pencapaian terbaik aku setakat itu. Ayah hadiahkan aku Playstation 1 yang memang aku nak sangat-sangat masa tu. Bukan main gembira lagi aku.

Masa sekolah menengah, keputusan peperiksaan aku tak boleh nak dibanggakan sangat.

Bayangkan tingkatan satu aku duduk kelas pertama. Tingkatan dua jatuh ke kelas ketiga dan tingkatan tiga terjelepuk ke kelas terakhir. Punyalah menunjukkan prestasi aku yang haru biru.

Bila keputusan PMR keluar, Alhamdulillah aku berjaya dapat 8A 1B. Untuk seorang yang duduk di kelas terakhir, ia adalah satu keputusan yang besar. 

Ayah hadiahkan aku telefon bimbit masa tu. Buatan China yang boleh tengok tv tu. Punyalah bangga rasa masa tu ada telefon bimbit lain daripada lain daripada kawan-kawan.

Tapi itu cerita zaman sekolah, zaman hingusan. Asal dapat keputusan elok, dapat hadiah.

Sekarang ni, zaman mahasiswa, bila dapat keputusan peperiksaan yang elok aku tak cari dan tak harapkan segala hadiah dan kemewahan ni. Cukuplah dapat lihat senyuman di muka mak ayah dan diberi pelukan seerat mungkin.

Kerana senyuman dan pelukan mereka, lebih mahal dan berharga daripada segala kemewahan dunia.

Kan?



Sumber: http://www.themoderngladiator.com/wp-content/uploads/2014/09/father-and-son-hugging.jpg

Share:

1 comments

  1. Salam..

    Keputusan cemerlang mampu buat ibu ayah tersenyum bahagia. Bila dh besar kita x harap hadiah pun. Tp kepuasan bila membahagiakan ibu ayah

    P/s: LM letak minyak la buat lempeng. Mmg biasa travel ke mana je klu bkn duk apartment yg xde dapur duk hotel kami masak pki rice cooker je. Gi umrah dulu g sekeluarga dr qatar pun masak juga sesekali.

    Mungkin nmpk pelik tp dh biasa kot. Masa duk qatar gi dubai ke abu dhabi ke mmg kami masak sesekali sbb ti g krabi kami naik kereta memasak gak . Hehehe

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D