Tentang Buku - Terusir




Aku kira Terusir tulisan Pak Hamka ini berjaya menyampaikan satu mesej yang jelas kepada pembaca; jangan terburu-buru dalam menghukum/menilai. Sesuatu yang aku percaya perlu diingatkan selalu kepada masyarakat.

Biar tersilap maaf. Jangan tersilap hukum.

Lihatlah apa yang terjadi apabila Azhar tersilap menilai dan terus menghukum isterinya Mariah. Selepas terbuang, Mariah menjadi serendah-rendah manusia. Hidupnya melarat dant teraniaya. Lebih perit, kerinduan Mariah kepada anaknya sering kunjung tiba. Khamar menjadi pilihan Mariah untuk melupakan kesengsaraan yang dihadapinya.

Dalam kisah ini, tidak hanya Mariah yang menderita. Bahkan Azhar, selepas disedarkan semula oleh sahabatnya, juga menderita serba salah kerana tahu bahawa dia tersilap dalam menghukum Mariah. Jauh dan merata dicarinya Mariah. Namun hampa jua.

Sofyan si anak, juga terkesan apabila terpaksa membesar tanpa ibunya, Dinafikan haknya untuk mengetahui kebenaran tentang ibunya oleh Azhar.

Setelah beberapa babak yang terjadi, akhirnya Mariah mendapat 'pelepasan' yang dimahukannya. Dapatlah jua Mariah mengucup anaknya walaupun tika itu Sofyan tidak tahu akan hakikat 'Neng Sitti' itu adalah ibunya. Hampir menitik air mata aku pada bahagian ini.

Wahai manusia, janganlah terburu-buru dalam membuat keputusan. Siasatlah sehabisnya. Kelak silap menghukum, kau kan menyesal.


Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D