Kalau Tuan Presiden tak sebut yang ini mesyuarat rasmi pertama kami lepas lantikan haritu, memang saya pun tak perasan.
Mana taknya. Kami dilantik untuk jawatan sekarang ni pada Annual Grand Meeting bulan Februari lepas. Dah 7 bulan berlalu dah. Gerak kerja kami pun Alhamdulillah, lancar je. Macam semuanya mengikut satu aturan perancangan yang rapi.
Sungguh, tak perasan lansung yang kami tak pernah mesyuarat untuk gerak kerja.
Kalau ikutkan sebenarnya bulan Mac haritu kami dah jadualkan nak buat Kursus Pengurusan Operasi. Kira macam mesyuarat pertama kamilah, untuk tentukan hala tuju persatuan, takwim dll lagi. Tapi tiba tiba Covid berlaku. PKP dilaksanakan. Jadi terbatallah yang itu.
Tapi yang terbatal cuma kursus tu je. Gerak kerja dan pengurusan berjalan seperti biasa. Kami gerak je dengan apa idea dan hala tuju yang terfikir.
Iya, memang ada aktiviti, program dan lain lain perkara yang tertangguh, terhenti sebabkan PKP haritu. Memang awal awal masa PKP tu kami macam buntu kejap. Untuk beberapa ketika, kami senyap, sementara nak cari arah tuju yang seterusnya bagi memastikan persatuan ni kekal relevan.
Itulah yang jadinya sekarang ni; NGO Alumni KMPk sebagai sebuah platform konten.
Selain daripada kerja pengurusan dibelakang tabir, kami mula fokus pada menghasilkan dan berkongsi konten untuk manfaat pelbagai pihak. Sasaran kami bukan hanya pelajar kolej. Bakal pelajar, Alumni, pihak kolej, pensyarah dan orang ramai diluar sana pun kami sasarkan sebagai golongan yang akan mendapat impak daripada semua konten yang kami bawakan.
InsyaAllah nanti saya akan kongsikan lebih lanjut pasal konten yang kami bangunkan ini.
Buat rakan alumni dan para pensyarah, sokongan kalian adalah antara yang jadi pemangkin untuk kami teruskan tugasan kami. Walaupun sekadar kongsikan semula post, itu pun dah memadai sebenarnya.
Jika dapat lebih daripada itu, sudah tentu lebih baik. Seperti mereka mereka yang sudi jadi talent projek video kami, sudi jadi panel moderator kami dan juga yang sudi jadi tulang belakang bantu kami Majlis Tertinggi menggerakkan persatuan ini.
Sehingga perkongsian yang seterusnya.
Sementara tu, silakan subscribe pada YouTube channel Alumni KMPk; https://www.youtube.com/user/MrAlumnikmpk
Hasnul Adin
Timbalan Presiden
NGO Alumni KMPk