Penat Bukan Alasan Untuk Berhenti

Memang aku biasa kerja seorang diri. Berjam-jam mengadap komputer menyelesaikan mana tugasan yang perlu. Tak kiralah samada tugasan pengajian di politeknik ataupun tugasan exco Publisiti & Multimedia Alumni KMPk, aku akan selesaikan sebaik mungkin. Dan kebiasaannya tugasan-tugasan ini aku akan selesaikan seorang diri.

Kenapa? Mungkin kerana aku lebih selesa begini. Mungkin. Boleh jadi juga sebab kadang-kadang bila kita bekerja dengan individu-individu tertentu, kita akan dapati bahawa kualiti kerja kita akan jatuh. Benda yang boleh diselesaikan dengan elok dan segera, jadi tertangguh dan buruk bila dilakukan bersama sesetengah individu.

Semua ini kemungkinan sahaja. Antara faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan. Itu sahaja. Tiada kena mengena dengan orang Malaysia umumnya dan kenalan aku khasnya.

Tapi, sekuat mana pon kita bekerja sendirian, segagah mana pon kita menghadapi segala cobaan dan cabaran sepanjang tempoh itu, sampai satu tahap kita akan mula rasa tepu dan lesu. Perlukan external force untuk membantu kalau bukan dari segi kerja tapi dari segi motivasi dan mentaliti.

Percayalah, sesiapa sahaja tak akan mampu terus sendiri. Setiap insan perlukan sahabat dan teman untuk dijadikan tempat bergantung harap.

Macam aku, alhamdulillah tuhan kurniakan aku sahabat-sahabat yang boleh jadi tempat aku meluahkan segala kebebalan dijiwa jika ada. Mereka tempat aku berhibur. Mereka tempat aku mencari inspirasi, motivasi dan semangat.

Senang cakap, aku sedang kepenatan. Tapi penat ini bukannya tanda yang aku akan berhenti. Ini tandanya usaha aku akan dilipat gandakan. Overtime, big time. Keep moving forward.

Dan tambahan, akhir-akhir ni aku semakin sedar yang aku bukan pemimpin yang baik. Aku semakin sedar.

Angkat kaki? No way. Time for improvement and change. Insyaallah.


Share:

2 comments

  1. Stay strong !
    One day you'll look back and be a very proud man.. Batman :3

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D