Pada Tuhan Kita Meminta

10:56 PM Hasnul Adin 1 Comments

Mungkin kau pun pernah rasa, bagaimana pedihnya ketika, kau sedih dan berduka, namun tiada siapa untuk dikongsikan cerita.

Mungkin kau pun pernah rasa, bila saat rasa gembira, kau melompat girang ceria, namun tiada siapa untuk dikongsikan berita.

Mungkin kau pun pernah rasa, cemburu datang bermaharajalela, bila lihat yang kau ingin dapat pada dia, kau simpan saja segala tinta, kerana tika itu kau berteman sunyi sahaja.

Mungkin kau pun pernah rasa, amarah datang tiba-tiba, membuatkan kau jadi gila, nak diluah tak terdaya, tiada insan sudi mereda.

Mungkin kau pun pernah rasa, ketakutan pada yang tiada, sehingga menggigil badan kau merana, tapi apakan daya, kau seorang diri menahan segala.

Apalah ada pada manusia? Kau harapkan mereka, kelak kau selalu kecewa. Tiada kekal kuasa mereka. Yang ada semuanya sementara.

Ingatlah Tuhan dengan setia.

Dia sedia menunggu kita, menadah tangan, bersungguh meminta.

Minta padaNya tak akan kecewa, kau minta hujan pelangi berinya.

Jika meminta lambat balasnya, sabarlah dan bersetia, ada sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Sangka baiklah pada Sang Pencipta.

You Might Also Like

1 comment:

  1. Salam kenal..

    Maha besar ALLAH.. hanya kita yang sentiasa melupakan NYA.

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.