Nasi Goreng Positif

11:05 PM Hasnul Adin 0 Comments

Sebenarnya tadi aku nak masak fishcake goreng buat lauk makan malam.

Bahan asas yang biasa aku guna, bawang besar, bawang putih dan cili hijau. Saja buat penambah rasa biasanya aku guna sekali lada putih dan kicap.

Minyak dah panas. Aku masukkan segala bawang dan cili yang dah aku potong tadi tu ke dalam kuali. Sementara tu aku potong fishcake. Takkan nak masak fishcake besar macam tu. Nak telan pun satu hal nanti.

Selesai potong, aku masukkan fishcake dalam kuali. Sedang aku menggoreng tu, aku terfikir, kemana arah tuju masakan aku ni? Nampak macam 'boddow' je. Nak buat kuah, aku malas. Nak tambah kicap, aku lupa kicap dah nak habis.

Fikir punya fikir, aku nampak nasi pun tak banyak yang ada. Lantas aku ambil keputusan untuk terjunkan nasi ke dalam kuali.

Maka daripada cadangan asal nak buat lauk saja dan makan dengan nasi putih, tiba-tiba terhasillah nasi goreng fishcake mengejut.

Hidup ni kau boleh buat perancangan macam-macam sebelum kau mulakan perjalanan/pengembaraan. Namun tika kau jalani pengembaraan kau, yang kau mahukan boleh saja tak terjadi. Boleh saja kau mahukan A tapi kau dapat B.

Ada orang, bila dia dapat B, dia akan mula keluh kesah. Tak puas hati. Memberontak sebelum sempat pun dia nak melihat semula hikmah disebalik ketentuan tuhan (yang dia dapat B tadi tu).

Kau pun selalu dengar perumpamaan; kadang-kadang kita nak kan hari yang indah. Tapi tuhan turunkan hujan. Kita jadi sedih sebab tuhan tak kurniakan permintaan kita. Tapi kita lupa, tuhan bagi kita hujan sebab nak lihatkan kepada kita pelangi yang cantik.

Cubalah kita selalu berfikiran macam ni. Positif selalu. Fikirkan yang baik-baik.

Positif daripada aku masak nasi goreng dan bukannya lauk fishcake tu?

Hemm. *jenuh juga aku nak fikir ni*

Okay. Positifnya nasi goreng aku sedap. Jadi aku dapat makan masakan yang sedap. Wow!

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.