Malam

11:28 AM Hasnul Adin 2 Comments






Lain macam rasanya malam ni. Dah lama sebenarnya dia tak alami malam yang sebegini. Kejap pusing kanan, kejap pusing kiri. Selimut salah. Tak selimut pun salah. Tiga bantal tak selesa. Dua bantal tak selesa. Kejap naikkan suhu aircond. Kemudian turunkan balik. Sudahlah hujan diluar. Guruh jadi peneman malam ni.

Apa yang silapnya ni? Solat sudah. Mengaji pun sudah. Al-Mulk kot? Terus dibukanya aplikasi youtube di handphone dan cari bacaan surah Al-Mulk oleh Syeikh Misyari Al-Afasy. Nasib tak baik, line internet pula tak elok. Tersekat-sekat bacaannya. 

"Mungkin sebab hujan ni. Teruk terus line." gumam dia sendiri.

Dibiarkan handphone tersadai di sisi bantal. Tangan diletakkan menutupi mata. Otak masih ligat berfikir kenapa susah sangat nak tidur ni?

Kemudian teringat yang esok ada kuiz. Ulangkaji pun tidak. Macam mana nak jawab esok? Tapi berdasarkan pengalaman lampau, memang kuiz main harung je. Haram tak ulangkaji pun. Markah okay je. Tak adalah pernah dapat kosong per sepuluh. Habis-habis nyawa adalah dapat empat atau lima. 

"Lantakkanlah. Esok lepas subuh sempat lagi ulangkaji. Latih otak untuk cepat pick up." fikirnya menyedapkan hati sendiri.

Hujan semakin lebat. Kalau tak silap, dah lama tak hujan lebat macam ni di malam hari. Kalau ada pun, hujan kejap je. Tapi malam ni, guruh ikut berpesta pula. Tapi eloklah juga. Ipoh ni pun dah lama gersang. Mungkin ini rahmat tuhan. Mana tau hujan malam ni membawa rezeki untuk makhluk-makhluk bumi di esok pagi?

Bacaan surah Al-Mulk terhenti terus. Dilihatnya tiada capaian internet pada handphone. 'Elok sangatlah. Asal hujan je line tak ada." gumamnya sendiri. Redha sajalah dengan apa yang ada. Kata orang kampung, 'make good use of what you've got'.

Teringat tadi ada terbaca di 'Pencicip' tentang harga atau kos tambah nilai telco selepas GST ni. Apa bezanya kalau bayar RM10.60 dapat guna RM10.60 dengan bayar RM10.00 dapat guna RM10.00? Apa benda ni? Kalau dah kata tambah nilai tak kena GST, kekalkan saja pada RM10.00 untuk RM10.00. Bukan ke lebih mudah? Kenapa nak kena bayar tambahan 0.60 sen tu? Memang suka buat benda sia-sia ke syarikat-syarikat telco ni? 

Tersedar pula kredit pun dah nak habis. Tapi tadi baru je dapat mesej cinta daripada Celcom. Katanya dapat bonus tambah nilai RM1.59 sen. Nak pujuklah tu. Suruh tambah nilai lagi. Lagi banyak tambah nilai, lagi banyak bonus. 

"Apa ingat aku budak-budak? Bagi lolipop, aku terus ikut?" bukan selalu dia maki hamun ni. Ni sebab tak boleh tidurlah ni.

"Tak sabar rasanya nak tunggu teori konspirasi tentang cas tambah nilai ni. Mesti ada fakta-fakta menarik yang akan keluar nanti. Mesti ada udang disebalik batu punya."

Ahh! Malas nak fikir bab ni. Nak tidur pun susah kalau otak asyik fikir hal duniawi ni. 

Tiba-tiba dia bangun dari pembaringan. Terus dicapainya cermin mata ditepi bantal. Suiz lampu dibuka. Segera dia ke tandas. Biasalah, sejuk-sejuk memang begitulah adatnya.

Apabila kembali masuk ke dalam bilik, matanya terpandang sesuatu diatas meja. 

"Patutlah aku tak boleh tidur! Jahanam sistem aku. Jahanam."




Siapa sangka, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana kempunan seteguk nescafe latte, jahanam tidur malamnya.








You Might Also Like

2 comments:

  1. Haa. Minum nescafe. Nanti sakit kepala. Ish3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kena mengena nescafe dengan sakit kepala? U,U

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.