Kejut Bayi Setiap Pagi

9:49 AM Hasnul Adin 2 Comments

Aku ingat lagi masa belajar di matrik dulu. Tiap-tiap pagi aku akan keluar bilik seawal jam 7.00 pagi sedangkan kuliah jam 8.00 pagi.

Aku akan bergerak ke blok asrama satu lagi untuk ke bilik kawan aku. Kerana janji yang telah dilafazkan, maka aku wajib ke bilik diorang untuk pastikan diorang sah bangun tidur ke belum.

Seringkali masa aku sampai bilik diorang, mesti diorang masih berdengkur teruk. Nak gerak cukup punya payah. Kena bogelkan selimutnya, baru bangun.

Diorang kata yang aku banyak bantu diorang. Tapi sebenarnya diorang yang banyak bantu aku.

Sebabkan kena kejut diorang pagi-pagi, aku belajar rasa amanah terhadap janji dengan kawan-kawan. Sebabkan kena kejut diorang, aku berpeluang untuk bergerak awal ke kelas. Sebabkan kena kejut diorang, aku berkesempatan untuk belajar memahami perwatakan diorang setiap pagi.

Ini semua hikmah daripada persahabatan.

Kau kalau dah jumpa sahabat, jangan kau lepaskan dia.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Noi,apa beza sahabat,kawan,rakan,teman? 😉

    ReplyDelete
  2. Awat tanya soalan susah sgt ni? Haha.

    Bagi aku sahabat org yg boleh kita kongsi susah senang. Dia sanggup korban masa(contohnya) utk kita. Dia mcm keluarga kita dah. Kalau kita ada masalah, dia akan ada utk backup kita, comfortkan kita. Walaupon kita tak sependapat dgn dia, kita masih mampu berlapang dada dgn dia. Demi persahabatan.

    Kawan - Mereka yg disekelliling kita, yg kita kenal. Classmate, Officemates dll. We may share the same interest, but we dont share personal stuff spt masalah dll. Kdg2 kawan ni, salah sikit dah gadoh.

    Rakan ni, sama mcm kawan kot. :3

    Teman - dia selalu ada masa kita memerlukan. Need advice or suggestions, dia akan sedia meluangkan masa utk kita. Tapi level tak sama dgn sahabat. Bagi aku la. haha.

    Dalam ramai2 kawan/rakan, mesti ada teman yg setia dgn kita. Tapi dlm ramai2 kawan/rakan/teman sahabat ni tak ada bandingnya. U know that u can count on them when needed.

    :)

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.