Sesi Terapi 1

8:07 PM Hasnul Adin 0 Comments

Antara konklusi daripada beberapa sesi diskusi dan terapi semalam:

- Setiap perkara yang kita lakukan, pasti ada hadnya. Ada limitasi. Kita perlu tahu bila masanya untuk kita berhenti supaya kita tidak melebih-lebih.

- Daripada kita menyusahkan diri, memberatkan kepala memikirkan masalah, adalah lebih baik kita memikirkan penyelesaiannya. Lebih baik kita berfikir cara untuk kita melupakan masalah tersebut. Ini lebih menguntungkan kita.

- It's not about you. Semudah itu. Jangan ingat kita sahaja yang sibuk dan banyak kerja. Bertimbang rasa dan berlapang dada dalam proses pembelajaran sepanjang hayat ini. Jika hari ini kita mudahkan urusan orang lain, pasti dikemudian hari Allah akan mudahkan urusan kita pula. Insyaallah.

Dalam setiap tindakan yang kita ambil, pasti ada akibat dan kesannya pada diri kita dan pada mereka disekeliling kita. Mungkin tak semuanya mendatangkan kesan yang baik tapi apa yang penting adalah kita muhasabah dah belajar daripada setiap yang berlaku.

Insyaallah.


You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.