Untuk Aku

4:31 PM Hasnul Adin 0 Comments

Buku ‘Bercinta Sampai ke Syurga’ tulisan Ustaz Hasrizal Jamil, sudah lebih dua bulan aku membacanya. Tapi masih juga belum habis. Bukanlah tebal mana pun bukunya, 271 muka surat je. Sepatutnya, pada kebiasaan buku yang tebalnya dalam range kurang lebih 300 muka surat ni boleh je di khatamkan dalam masa seminggu. Aku bukanlah seorang speed reader. Aku bukan jenis yang suka habiskan 3 jam terus menghadap sesebuah buku. Kalau novel, boleh juga buat macam tu. Tapi buku-buku ilmiah, perlu dihadamkan dengan perlahan, dengan baik. Tidak perlu tergesa-gesa.
Walaubagaimanapun, tetap juga suatu yang luar biasa apabila buku setebal 271 muka ni masih juga belum aku habiskan dalam tempoh yang agak panjang ni.

Sebab utama kenapa bacaan aku kali ni sangat perlahan adalah kerana mutiara dalam buku yang sebuah ni terlampau banyak yang perlu aku kutip. Sampaikan aku perlu berhenti, berhenti dan berhenti pada setiap dua atau tiga tajuk.

Tak mampu aku nak hadamkan semua dalam tempoh yang singkat. Adakalanya sesetengah topik yang dibawa dalam penulisan tu, terasa sangat rapat pada diri ni. Tema ‘family’ dalam penulisannya banyak membuat aku muhasabah semula.

Antara yang suka aku nak kongsikan adalah berkenaan subtopik – Kesan Rutin dan Kesibukan. Ustaz menceritakan bagaimana anaknya Saiful Islam menjadi marah-marah secara tiba-tiba. Perangainya berubah sama sekali. Ustaz merasakan bahawa ini adalah implikasi daripada kepadatan jadualnya, kepenatan dan kehilangan sentuhan ‘jujur’ dengan anak-anak dan isterinya.

Ustaz berjumpa dengan pakar psikiatri untuk bantuan. Doktor tersebut kata, bahawa ibu bapa sering mengambil peluang daripada baiknya anak-anak dengan menumpukan perhatian kepada kerja masing-masing dan sebaliknya menegur atau marah sekiranya anak-anak bising atau nakal. Ini adalah kaedah yang salah dalam memberikan perhatian kepada anak-anak. Kata doctor tersebut, anak-anak boleh sampai pada suatu tahap sanggup dicubit, dipukul semata-mata untuk meraih perhatian.

Apabila aku difikirkan semula, ada betulnya kenyataan dokor tu. Anak-anak hanya mahukan perhatian ibu bapanya lebih dari segalanya. Mereka mahukan masa bersama ibu bapa. Kita semua tahu kebenaran perkara ni sebab kita pernah jadi kanak-kanak. Kita mahu banggakan ibu bapa kita. Aku ingat lagi masa dapat 5A UPSR dulu. Elok je dapat tengok result pada papan kenyataan, terus aku berlari ke kantin. Berlari, cari pondok telefon. Perkara pertama yang aku lakukan, telefon ayah dan mak. Punyalah aku nak kongsi kejayaan dengan mereka. Nak kan perhatian daripada mereka. Aku tahu, mereka pasti bangga.

Itu cerita aku. Nak dipanjangkan lagi kat sini, aku tak pasti sesuai ke tidak.

Kalau ikutkan hati, mahu saja aku coretkan perkara-perkara yang membuatkan aku muhasabah tu, tapi aku risau. Aku risau andai aku tuliskan semua itu, ada hati yang akan terasa, terluka. Jadi biarlah ia kekal sebagai muhasabah seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Pedoman dan persediaan buat seorang bakal suami dan bapa suatu masa nanti.

Cukuplah dulu. Tulis panjang-panjang, bukan ada yang baca. Airmata je yang mengalir.
Ini untuk aku sendiri. Supaya aku sentiasa ingat bahawa ilmu tu penting. Nak jadi anak soleh, ilmu kena ada. Nak jadi suami mithali, ilmu kena cari. Nak jadi bapa sejati, ilmu kena gali.



You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.