Aku Rindu. Betul. Aku Rindu.

5:28 PM Hasnul Adin 0 Comments

Hari ni dari pagi sampai petang duduk dalam kereta. Merantau ke Penang untuk hadir kenduri sepupu.

Terasa kosong pula hari ni. Bukanlah meluangkan masa dengan keluarga dan saudara tu 'kosong'.

Tapi akibat daripada tabiat suka menyibukkan diri setiap hari, kini bila tak sibuk dengan kerja dan tugasan, dah rasa lain macam.

Selalu pagi akan dimulakan dengan membaca buku.

Kemudian mulakan kerja/tugasan semasa - buat masa ni tengah siapkan video promosi program Alumni KMPk.

Berterusanlah sibuk dengan kerja/tugasan sehingga rasa penat/lesu/tepu. Bergantunglah pada mood dan situasi.

Kemudian kalau betul-betul rasa dah tak larat nak menghadap laptop, buku akan ku capai semula.

Kadang-kadang capai buku lain daripada yang dibaca pagi tadi.

Itulah. Sebenarnya aku nak kata, aku rindukan buku-buku aku. Itu je.

Sekian.

http://instagram.com/p/vo_v7Lrcm3/

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.