Maaf Sahabat; Ku Rindu Sentuhan Mu

12:28 AM Hasnul Adin 2 Comments




Untuk kesekian kali, 

Hari ini air mataku menitis lagi. Saban hari yang dilalui, tanpa sahabat di sisi menambahkan lagi rasa rinduku kepada mereka. Setiap saat yang berlalu tanpa mendengar suara mereka, terasa pilu sekali.

Hari ini, aku menjengah kembali ke alam maya. Dengan harapan dapat aku ‘bertemu’ mereka. Walau hanya tatapan sebuah foto yang menemani, sedikit terubat juga rinduku.

Pada yang sudi menyapa, ku titipkan rasa terima kasih. 
Pada yang sudi meneman, ku hadiahkan seribu pengharagaan.
Pada yang sudi merindu, bagiku besar sekali maknanya.

Kalian tak mungkin aku lupakan. Aku juga yakin, kalian juga begitu.
Percayalah. Percayalah pada kenangan waktu kita bersama. Sebuah memori yang terpahat dalam kalbu, itu yang menjamin cantuman kau dan aku.

Ku ukirkan kata maaf pada kalian, andai pernah hati terguris dengan tingkah laku ‘sewel’ku.
Ku hulurkan rasa sesal andai  perilakuku ada yang mengganggu tenang kalian.

Sahabatku,
Ingatlah yang terpisah cuma jarak dan waktu. Tapi hati kita tetap bersatu. 
Suatu hari, andai pernah berjanji, kita, akan bersama, pasti.

Tujukan khas pada,
Kamu yang pernah menjadi mangsaku.
Mangsa cucukan pinggang, mangsa tarikan hidung, mangsa sakatan mesra, mangsa bulian suka, mangsa amukan emosi, mangsa  kepentingan diri, mangsa kalah mainan bola(PES/FIFA), mangsa idea-idea merepek, mangsa itu dan mangsa ini.

Kamu yang sekepala,
Kita bersama selalu. Ke masjid mencari redha ilahi dan makanan rohani, ke cafe mencari makanan jasmani, ke dataran mencari kebesaran ilahi. Langkah kita, penuh suka duka. Penuh dosa tiada sempadan. Mohon, mari taubat bersama.

Aku tidak sempurna, aku lemah dan hina. Maka terima kasih kerana memahami dan menemani di kala diri sangat memerlukan.


Mohon pergi dengar lagu Edcoustic; Sebiru Hari Ini =P

You Might Also Like

2 comments:

  1. "Iza ahabba ahadukum akhohu falyukhbirhu"

    "apabila seseorang dari kalian mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu (tntg perasaan itu) kepadanya."

    Sama usaha menjadi sahabat terbaik.

    Moga Allah kasih dirimu.

    ReplyDelete
  2. AIIahuakbar. AIhamduIiIIah.

    =)

    tq rumah tua

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.