Bercerita Tentang Buku

6:33 PM Hasnul Adin 0 Comments

Terdetik dihati ni untuk berkongsi cerita tentang minat aku terhadap buku. Pilihan bukku aku tidaklah terhad terhadap satu2 jenis atau unsur semata-mata. Kebiasaannya aku tak akan set dalam minda buku apa nak beli, kecuali kalau buku atau novel thriller tulisan Ramlee Awang Mursyid. Aku akan ambil masa hampir sejam membelek-belek buku di kedai2 buku(biasanya Popular dan Mubarak).

Dua kedai buku yang sering jadi tempat persinggahan aku sebelum aku balik rumah, kalau aku ada urusan2 luar.



Mubarak Bookstore adalah yang bersignboard pink tu.






Seingat aku, minat terhadap buku ni muncul ketika aku berada di tingkatan dua. Waktu tingkatan dua tu, pham2 la kan, belum ada tanggungjawab yg serius lagi dan masih lagi tercari-cari apa yang boleh dilakukan untuk mengisi masa. Sehinggalah satu hari, ayah aku bawak kami adik-beradik ke Popular Bookstore, Ipoh Parade. Dari situ minat aku terhadap buku mula berputik. Pada hakikatnya aku memang suka tengok buku, buku dan banyak buku. Lagi2 kalau buku2 yg tebal.

Terima kasih ayah.
Aku sedar minat aku terhadap buku ni aku warisi dari ayah aku. Ayah aku pun ada satu almari penuh dengan buku-buku agama dan macam2 lagi. Mula2 beli almari empat tingkat, satu pintu je. Tak lama lepas tu, almari lama bagi kat aku untuk simpon koleksi buku2 dan novel aku tu. Ayah pulak, beli almari baru. Empat tingkat, dua pintu. Lagi grand. Haha. Bapa borek, anak rintik. Tapi yang aku peliknye, minat terhadap buku ni macam jatuh kat aku je tau. Adik2 aku, beli rajin, nak habiskan bacaan, harap maaf la ye. Bukannye tak bley hbis bace, tapi hangat2 tahi ayam. Tapi ada la jgak yang hbis kan. Hehe.

Aku rasa dari aku tulis bende2 merepek, lebih baik aku tulis tentg buku2 yg aku baca. Insyaallah, kalau takde halangan la kan. Tapi setakat ni boleh la aku tulis, dah masuk U nnt, naek sawang plak. Haha.
Setakat ni je. Bace la yg len plak. 
 SALAM BUAT SEMUA.







You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.